Tuesday, August 13, 2013

Eh korang da tengok ka?

Hye Apiz Fan..,

OA nak habaq ne yang Official Video Klip tuk lagu "ingin kamu* sudah pun released...agak lama OA nak habaq kat korang almaklumlah OA agak busy baru2 ne ngan assignment bagai kan..hehehhe so, cepat2 korang tengok k...OA bagi link kat sini...sila klik sini

Nnt ada masa OA akan bagi video tu trus main kat sini k... tapi buat masa skrg uols tgklah dulu kat youtube k...

Owh before lupa..video ne diedit oleh Geng Kapak Production...

Dan sekarang OA kat tempat dimana Apiz bekerja...Kofee Kafe...wei korang datanglah...

*apiz dan OA


*Kofee Kafe yang terletak di One Place Mall Putatan
*Tengok muka Apiz yang penuh mesra melayan tetamu yg menjamu selera

Monday, March 11, 2013

Single ketiga

Hye ApizFan...

Baru2 ne OA dpt tau yang Apiz akan merakamkan single ketiga beliau...dan yes! Lagu single ketiga kali ne adalah gerne balada....

Dalam temuramah bersama beliau, Apiz maukan sesuatu kelainan dalam album mini beliau. Apiz mahukan yang lagu beliau ditulis oleh beliau sendiri...isn't that great?! OA Sangat sokong kalau artis kita menulis lagu sendiri..ini bukan saja menjimatkan kos, malah lebih mengetahui kelemahan tinggi rendah suara sendiri kan..

OA CUMA LUAHKAN PENDAPAT SAHAJA.. *NO OFFENSE*

So, jom kita nantikan kemunculan lagu ketiga Apiz kali ini k... sambil2 tu bolelah dengar2 kan lah lagu pertama "Hadirmu Sementara" dan "Ingin kamu" di saluran Youtube k...

Thursday, January 31, 2013

Simple background of Apiz Paschya


 

Peeewitttt...handsome bukan jejaka diatas...nak kenal memang boleh...tapi mesti korang semua xtau kan...jejaka diatas mempunyai bakat yang luar biasa dengan memiliki suara yang sangat menghiburkan...Mari IBA perkenalkan dengan sedikit biodata ringkas dari beliau...

Nama penuh: MUHAMMAD HAFIZAN BIN TARAWEH
Dikenali sebagai: Apiz Paschya @ Apiz
Dilahirkan di: Hospital Queen Elizaberth, Kota Kinabalu, Sabah
Menetap di: Putatan, Sabah
Berumur: 27 tahun (2013) dan berbintang Virgo
Meminati warna: biru, merah dan putih.
Meminati musik: Seawal dibangku sekolah. Sememangnya meminati musik dari kecil lagi, namun "pelajaran harus diutamakan" kata beliau.. sesudah tamat sekolah menengah barulah beliau fokus menaikkan dalam industri musik.

Perjalanan beliau sebagai seorang penhibur bermula dari sebuah kumpulan yang digelar Da Prinz. Ya OA masih ingat lagi kumpulan remaja ne cuba untuk naik dengan album pertama beliau iaitu 'ADA HIVAII DANDI TOH' dan 'NUNG NOILAANKU' bersama 3 rakan seperjuangan AYE LAN, AEGY DAN MALVIN (POP).

NAMUN kumpulan ini telah mengikut haluan masing - masing tapi minat dalam musik masih ada...Apiz meneruskan semangat musik dalam dirinya.. Apiz memberitahu OA lagi yang

"Cat Farish pernah mengambil kami sebgai artis bawahan beliau dan menamakan kumpln sebagai P.R.I.N C.. & seminggu rasanya kami ke KL untuk rakaman MV & make over.."

Lagu single pertama mereka juga sudah dibuat..tapi ditangguhkan atas sebab2 tertentu. Setelah sebulan berlalu, masih tidak punya khabar berita. So, Apiz mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dlam kumpulan P.R.I.N.C a.k.a POP kerna ada peluang pekerjaan di salah sebuah swasta di Kota Kinabalu. Kerna cintakan Sabah, Apiz teruskan irama musik di sini sahaja.

Maka, Apiz menubuhkan satu kumpulan baru yang masih lagi bernyala sehingga kini..iaitu kumpulan APRILZ.. APRILZ terdiri dari 3 jejaka kacak dan bergaya iaitu FANZI RUJI, GREGZ SEBONDOK dan APIZ.

APRILZ bangkit dengan lagu hits pertama mereka, dimana selalu didendangkan bukan saja di radio RTM saja, Brunei fm online dan suria fm,  Dan lagunya iaitu 'OUPOS OKU OM LUMANGAD DIKA' ..korang dengar lagu kat bawah ne..lagu ne sangat best...Kat youtube, korang bole tengok dan dengar sendiri cover by Apiz Paschya...

lagu ne dalam bahasa dusun..korang hayatilah k

SEKARANG, single pertama dah keluar dah...yang ne kalau korang dengar memang lagi de best! Kalau masuk dalam AJL boleh menang juga ne... 'HADIRMU SEMENTARA' mengisahkan kisah cinta yang romantis tapi hanya sementara. Sebabnya pasangannya ne plak ada kekasih lain...IBA pernah buat entry sal lagu ne...so OA bagi korang baca k or ehm korang boleh dengar sendiri...lagu ne dicipta sendiri oleh Apiz bersama Faizal Abdullah dan Suhaimie Yusop...


DAN SEKARANG, single kedua, 'INGIN KAMU' pun da dimainkan di radio ERA Kota Kinabalu fm da..,hah, special nya lagu ne...lagu dan lirik dicipta sepenuhnya oleh Apiz...cuba korang try dgr...


Best kan!! OA bole bagi ***** bintang tuk lagu ne..*xtau korang plak macamna*

Apiz bercadang akan mengeluarkan lagi single ketiga beliau *harap bersabar* dan korang kalau nak berkenalan lebih dekat lagi...bolehlah add beliau di fb/Apiz_Paschya Official tuk page dan fb/Apiz Paschya...*ala bukan susah klik je pun like n friend da* sebab orangnya sangat friendly k...hehehhe

DALAM email beliau jgak ada menyatakan yang beliau BAKAL tampil bersama rakan artis Malvin (pop) untuk lagu yang akan datang ini...so, nantikan k kemunculan mereka...

P/s: OA bakal menemuramah beliau lagi untuk disoalan dan dijawab secara live depan OA...so kalau korang ade nak tanya bole je tinggalkan komen k..tanks korang..dan doakan kejayaan beliau dan OA jamukan lagi gambar2 Apiz k...uols chou~~